Showing posts with label Preview. Show all posts
Showing posts with label Preview. Show all posts

Saturday, March 7, 2015

PREVIEW | THE MALAYSIAN DEPRESSION COMPILATION | FAITHCRAFT


THE MALAYSIAN DEPRESSION COMPILATION adalah sebuah kompilasi cakera padat berkembar yang direncanakan oleh saudara Yunus Azinzan (SIAL) untuk mengumpulkan kumpulan-kumpulan arus ambient dan dark wave dari seluruh Malaysia.

Sumber: faithcraftmobile.blogspot.com [06/03/2015]

Saturday, December 27, 2014

PREVIEW | DELUSI - Infiniti | EKSTRIM


"Infiniti" pada dasarnya adalah keluaran fizikal single kedua dari projek Dark Ambient tempatan DELUSI bagi tahun 2014 susulan kepada rilisan single pertama "Fatamorgana" sekitar bulan Jun lalu. Motif pengeluaran single ini adalah strategi promosi dan introduksi DELUSI di mana Single CD-R ini diedarkan secara PERCUMA, diberikan terutamanya kepada pembeli-pembeli produk lain dari DELUSI atau FATAMORGANA MUSIC PRODUCTION. Selain daripada lagu berjudul Infiniti itu sendiri, single ini turut menyelitkan lagu Nostalgia, sebuah saduran lagu asal NOCTURNAL DEPRESSION.

Sumber: ekstrim-info.blogspot.com [24/12/2014]

PREVIEW | DELUSI / SATURN FORM ESSENCE - Bimasakti | EKSTRIM


Irama kelam karya DELUSI mula diperkembangkan ke benua Eropah bilamana projek solo galasan Jiwa (semua gubahan dan rakaman) bersatu dalam rilisan berkembar Split CD-R berjudul "Bimasakti" bersama SATURN FORM ESSENCE, sebuah projek Space Drone/Ambient dari Rivne, Ukraine. SATURN FORM ESSENCE dikendalikan oleh Sergiy Fjordsson, individu yang juga di sebalik band Depressive Suicidal Black Metal ternama, MOLOCH.

Sumber: ekstrim-info.blogspot.com [24/12/2014]

Thursday, November 27, 2014

PREVIEW | DELUSI / MOON ROE - Aspirasi | EKSTRIM


DELUSI, sebuah projek muzikal Dark Ambient tempatan berlokasi di Kuala Lumpur telah berpeluang menyatu bersama MOON ROE, sebuah projek Drone Dark Ambient dijana oleh seorang gadis dari Surabaya, Indonesia dalam satu rilisan Split CD berjudul "Aspirasi". Materi ini dikeluarkan pada tarikh rasmi 1 November 2014 melalui sebuah label di Indonesia, MINDLESS PRODUCTION.

Sumber: ekstrim-info.blogspot.com [25/11/2014]

Friday, November 7, 2014

PREVIEW | DELUSI - Manifestasi (Tape) | EKSTRIM


Bagi yang terbuka dalam menerima apa jua jenisan muzik underground dan mahu berada dalam penjelajahan runut bunyi Ambient yang kelam dan depresif, dipenuhi suasana spiritual serta bersifat meditatif, bolehlah segera mendapatkan pita audio ini yang tampil dengan hiasan hadapan berlainan.

Sumber: ekstrim-info.blogspot.com [01/11/2014]

Tuesday, October 28, 2014

REVIEW | DELUSI: Manifestasi sebuah Fatamorgana | FEAR IN HIDING

Musik AMBIENT (Dark) adalah satu cabang musik yang penuh misteri, umpama satu gelombang bunyi yang datang kearah anda dengan keadaan yang anda sendiri tak tahu bagaimana ia datang, dari mana ia datang. Dalam setiap track, ia menceritakan segala-galanya yang terbuku di hati ahlinya. Musik ini yang sentiasa berevolusi membuahkan variasi bunyi-bunyian. Seperti di taman bunga. 2 keping CD ini telah diberi secara percuma oleh Jiwa (mastermind of DELUSI). Saya berterima kasih pada beliau! Yeah!!

DELUSI adalah projek muzik DARK AMBIENT; yang diusahakan oleh insan yang menggelarkan dirinya Jiwa (semua gubahan dan rakaman oleh beliau) sejak April/Mei 2014. Runut bunyi kelam, suram dan muram DELUSI adalah terinspirasi dari band/projek seperti Burzum, Neptune Towers, Mortiis, Aghast, Lustmord, Ablaze Eternal dan lain lain lagi. Tema yang diketengahkan oleh DELUSI adalah misteri 4 elemen alam; Air, Api, Angin dan Tanah serta bahagian gelap manusia terutamanya berkenaan tekanan, kemurungan, keterasingan dalam hidup dan mati. Wow, sangat mendalam! Saya akang menggunakan perumpamaan untuk anda faham apa yang "saya faham" dengan mendengar bunyi-bunyian dari projek ini.

DELUSI "Manifestasi"
Manifestasi DEMO 2014

Track pertama yang bertajuk "Manifestasi" mempunyai gelombang yang sangat mengerikan. Ia datang seperti ombak dalam kelajuan yang sederhana, dengan mulut yang ternganga luas ingin membaham anda! Dan anda pula berada ditengah-tengah lautan, tenggelam bersama-sama pemangsa yang anda sendiri tidak tahu apakah ia! Mendengar track ini, sejujurnya membuatkan saya rasa sedikit lapar.

Track kedua yang bertajuk "Igau". Sesuai dengan tajuknya, track ini seoalah-olah memberitahu yang igauan ngeri mampu menjadi nyata! Permainan, strukturnya yang dinamik memberikan sedikit perasaan cemas, gelisah dan tidak tentu hala. Disulam pula dengan audio yang mirip suara wanita, menaikkan lagi rasa ngeri bila didengar pada waktu malam. Saya suka track ini!

Track ketiga yang bertajuk "Dimensi". Track ini bermelodi dengan bunyian keyboard yang statik. Manipulasi bunyiannya pula sangat hebat! Track yang epik! Apabila mendengar track ini, mengembalikan feel yang saya rasai ketika mendengar  novel audio karangan H.P Lovecraft yang berjudul "The Music Of Eric Zahn"

Track keempat yang bertajuk "Jurang". Track ini pula sangat lembut pada permulaannya. Ia seolah-olah anda adalah seorang penyiasat yang sedang menjalankan kerja-kerja di tempat kejadian. Hahaha! Mysterious!

Track kelima yang bertajuk "Fantasmagoria. Tajuknya seolah-olah berbunyi "Phantom Agony" gitu-gitu lah. Dengan deruan angin yang menghembus, sedikit bunyian alatan elektronik serta "fade in" yang telah dibuat pada track audionya itu menangkap perhatian saya. Tiba-tiba diterjah bunyi audio perlahan-lahan menghanyutkan saya. Waaaaaaaah!

Cetakan saya adalah 13 daripada 16 cetakan. Yep! Berbaloi!!

DELUSI "Fatamorgana"
Fatamorgana SINGLE 2014

Track pertama yang berjudul "Fatamorgana" menerjah masuk dan beberapa ketika kedengaran orang menjerit, kedengaran seperti sesuatu yang jatuh. Mungkin seorang manusia sedang mengejar sesuatu yang tidak dapat dicapai, lalu terjatuh kedalam sebuah jurang dan menjerit! Argh! Deruan ambient dengan sedikit bunyi "industrial" ini, serta bunyian seperti seseorang yang memerhatikan anda. Ya! Saya terasa seperti ada sesuatu dibelakang! Kepala saya cepat menangkap elemen-elemen supernatural dengan mengembang apabila ia bertindak balas (hehehe). Bunyian yang harus anda elakkan dikala malam menjelang.

Track kedua yang berjudul Gelita (Dunkelheit - Burzum Cover) adalah saduran dari Burzum? Sebab saya jarang dengar lagu-lagu dari Burzum (lansung tak ada keset ka, CD ka, LP ka) jadi... No Comment! Hahahahaha! Ia mengerikan!!!! 

Dapatkan salinan anda daripada DELUSI jika anda adalah seorang yang terbuka dalam menerima musik! Hahahaha!

Source: fearinhiding.blogspot.com [19.10.2014]

Thursday, October 16, 2014

PREVIEW | DELUSI - EDISI TERHAD "LARA" EP 2014 | EKSTRIM


"DELUSI yang bertunjangkan genera Dark Ambient telah secara rasmi meriliskan sebuah EP berjudul "Lara" pada 10 Oktober 2014 yang baru lalu. EP berkandungan 6 buah lagu ini rilis dalam format kaset, terhad kepada 7 unit, dikeluarkan melalui label sendiri FATAMORGANA MUSIC PRODUCTION."

Source: ekstrim-info.blogspot.com (15/10/2014)

Note: Thanks to EKSTRIM MEDIA for the support eventhough Delusi is non-metal music. Few copies of "Lara" Tape will be available through his distro service DEATHSALES soon!

Friday, October 3, 2014

PREVIEW: DIY DISTRO AND RECORDS - DIY13: DELUSI "MANIFESTASI" DEMO-TAPE


"Akan datang! Melalui DIY DISTRO AND RECORDS - DELUSI "Manifestasi" Demo 2014 dizahirkan semula dalam format kaset! Turut memuatkan lagu-lagu tambahan sebagai bonus! Alami eksplorasi bunyi-bunyian depresif gelap Ambient, Ritualistik dan Meditatif."

Source: ekstrim-info.blogspot.com (02/10/2014)

Thursday, September 18, 2014

PREVIEW | DELUSI - Manifestasi | EKSTRIM


"DELUSI kembali dengan kelahiran demo pertama mereka setelah merilis promo 2-lagu "Fatamorgana" pada 1 Jun 2014. "Manifestasi" Demo 2014 dizahirkan pada 1 September 2014 melalui label sendiri FATAMORGANA MUSIC PRODUCTION dalam format CD-R terhad kepada 16 salinan sahaja!"

Source: ekstrim-info.blogspot.com (17/09/2014)

Friday, September 12, 2014

PREVIEW | DELUSI "Fatamorgana" SINGLE CD-R | EKSTRIM


"Senario Dark Ambient agak kecil dan terpencil di mukabumi Malaysia ini. DELUSI muncul mewakili genera muzik tersebut. Diasaskan oleh Jiwa (semua gubahan dan rakaman) sekitar April/Mei 2014, DELUSI mengeluarkan Single 2014 berjudul "Fatamorgana". Rilisan CDR tersebut memuatkan 2 buah lagu di mana selain lagu judul utama single turut diselitkan lagu Gelita (gubahan berasaskan lagu Dunkelheit oleh Burzum)."

Source: ekstrim-info.blogspot.com (11/09/2014)

Tuesday, September 9, 2014

PREVIEW | DELUSI / SIAL / AHMAD RAIMI - Pengukir Nada dari Makam | EKSTRIM


DELUSI adalah sebuah projek Ambient yang mementingkan bunyi-bunyian kelam, depresif dan menyeramkan. SIAL pula sebuah band yang telah mula mencipta nama di mana mereka berkonsepkan Depressive Ambient Black Metal. Manakala AR (atau penuhnya AHMAD RAIMI) yang meletakkan lagu direkod pada tahun 2008 merupakan sebuah projek solo deklamasi puisi diiringi alunan kibod dan perkusi yang minimal.

Source: ekstrim-info.blogspot.com (08/09/2014)

Wednesday, September 3, 2014

PREVIEW | DELUSI / SIAL / AHMAD RAIMI - Pengukir Nada dari Makam | FAITHCRAFT


"Pada Ogos lalu, pengasas kumpulan SIAL telah menjemput saya untuk menyertai split CD 3 hala yang turut menampilkan one man band, DELUSI. Ini adalah material fizikal pertama dari A.R. Dapatkan CD yang terhad dalam kuantiti 21 unit ini jika anda benar-benar penyokong pergerakan muzik ambient yang kecil lagi terpencil di bawah tanah. Percuma, anda hanya perlu bayar kos setem! Tiada ulang cetak!".

Source: faithcraftmobile.blogspot.com [04/09/2014]