Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Thursday, October 30, 2014

REVIEW | DELUSI - Manifestasi / Lara | FAITHCRAFT


DELUSI "Manifestasi"
Muzik DELUSI menepati definasi ambient sepenuhnya, ia membawa anda larut dalam runut bunyi dan dimensi melodi berwarna. Rakaman yang lebih bagus dari SIAL serta pengunaan sampling-sampling dan kesan-kesan bunyi yang tepat.

DELUSI "Lara"
DELUSI menamakan versi kaset ini sebagai EP 2014 dan hanya diterbitkan dalam jumlah 7 keping sahaja! Ia memuatkan 3 buah lagu yang turut dimuatkan dalam demo “Manifestasi" mereka, dan lagu “Lara” yang dipetik dari 3 Ways Split CD berjudul “Pengukir Nada Dari Makam”. Tambahan 2 lagu di dalam kaset ini adalah “Apokalips” dan “Kelabu” yang meneruskan hala tuju beliau memanipulasi bunyi-bunyi melalui kemudahan sihir elektronik. 

FULL REVIEW HERE:
Tuesday, October 28, 2014

Tuesday, October 28, 2014

TESTIMONIAL | DELUSI - Fatamorgana / Manifestasi | MOHAMAD SYABIL SHAMSUDIN


Setelah diamati lagu-lagu Delusi yang berlandaskan Dark Ambient ini, saya bersependapat iramanya yang agak tenang tapi sedikit kerisauan.. saya sedikit gelisah tercari-cari apakah penghujung lagu-lagu sembahan Delusi. Semakin dalam semakin suram.

Sudah menjadi kebiasaan lagu-lagu yang berkumandang akan dimulakan dengan rentak masuk dan keluar.. tetapi lagu Delusi ini, tiada penghujung, seolah-olah sudah tenggelam tapi masih boleh bernafas.

Bila menghidang selera tentang Ambient sebegini, saya terbayangkan Midnight Odyssey, band Ambient Black Metal dari Australia.. yang suka bercerita mengenai alam sekitar dan semesta.. suara biasa yang sedang membaca lirik yang tenggelam dibawa angin dan bunyian kelam sebegini.

Delusi pula tidak menggunakan suara untuk menyakinkan pendengar mengenai lagu-lagu Delusi.. dengan hanya muzik suram, pendengar sudah dapat meneka bahawa Delusi ini memang sudah berbeza daripada band-band bawah tanah sedia ada. Tidak perlu paluan drum dan gitar.. mereka sudah dapat mengenal di mana arah tuju jalan Delusi yang sebenarnya.

Pendengar juga tidak perlu agresif, lebih guna tenaga badan atau 'headbanging' untuk faham Delusi, cari saja tempat-tempat sunyi, tepi sungai, bawah pokok, dalam kamar gelap.. lalu pasang cd Delusi dan dengar.. tidak perlu ubat tidur untuk menenangkan diri.. bantuan terapi yang membolehkan seseorang terjebak di dalam situasi untuk mengenal diri dengan penuh emosi melalui lagu-lagu Delusi.

Sayangnya, buat para pendengar yang kurang biasa dengan corak Delusi ataupun Dark Ambient sebegini, mereka mungkin akan mengeluh tak berpeluh kerana telah mensia-siakan waktu mereka dengan lagu yang tak ada pengembaraan @ adventure.. di mana bunyian gitar? Di mana bunyian drum pula? ah! suara angin saja!

Kesimpulannya, Delusi muncul di waktu yang tepat, berlandaskan keyakinan untuk para pendengar dengan alunan Dark Ambient di saat kita telah dibanjiri dengan rentak yang rancak.. memang seimbang. Delusi hadir dengan penuh keberanian,  jujur, di dalam kehidupan yang tak pernah manusia perasan apa yang ada disekeliling mereka.

Ulasan/Testimonial oleh:
18 Oktober 2014

TESTIMONIAL | DELUSI - Fatamorgana | UVIANHELL696



ahad lepas aku menerima bungkusan ni, ada 2 cd dalamnya, yang ni adalah single 2014 yang mengandungi 2 lagu, satu lagu cover burzum, berdurasi 8 minit utk 2 lagu ni. delusi ni memainkan irama ambient, yang rasanya bukan semua boleh menerima sound yang macam ni, bagi aku jaman true sudah berlalu wahaha, aku sekarang terbuka kepada apa saja jenis muzik. pertama kali mendengar lagu delusi ni, aku open speker, bila orang rumah tak suka muzik macam ni, katanya agak menyeramkan, muzik cam orang mati, aku pun ambil handfree dan dengar sendirian tampa mengganggu sekeliling, ohya, rasanya muzik macam ni best dengar guna headphones saja, sebabnya boleh terus ber imaginasi, aku cuba utk lelapkan mata ku sambil menghayati bunyian desiran angin guruh dan macam2 lagi bunyian yang agak suram, aku dapat melihat diri ku berlari ke satu sudut cahaya dihadapan sana hahaha, kena fokus lebih kot, malam aku tray dengar sampai lah aku tertido.. jajaja,,, cuma satu saja kurang dalam ni, kalau ditambah suara2 manusia menjerit kah dalam lagu2nya, rasa makin feeling.. ok lah itu saja cetanya...

[Jumaat, 24 Oktober 2014]

Thursday, October 16, 2014

TESTIMONIAL | DELUSI / SIAL / AHMAD RAIMI - Pengukir Nada Dari Makam | UVIANHELL696


"band ni pertama kali aku ketahui selepas memiliki cd ni. sound yang mereka hidangkan menarik minat aku, aku rasa antara ketiga2 band ni, band ni terus bermain di benak hati ku, bukan membodek ok, ni sbbnya sound yang terhidang seperti sudah biasa aku dengar, mungkin penangan Burzum kot, apapun percubaan yang bagus dari delusi, ada kaset rilis juga band ni, kalau sempat memang nak beli, tgk lah nanti..."

Full Review: uvianhell696.blogspot.com (16/10/2014)

Note: #terimakasih saudara Dzularsil bin Sani di atas ulasan ini. Replied: Alhamdulillah. Terima kasih saudara Dzularsil kerana dapat menerima baik lagu dari Delusi. Lagu2 Delusi sememangnya dicipta tanpa memerlukan vokal (suara). Ia perlukan penghayatan mendalam dari pendengar. Masukkan diri anda ke dalam lagu Delusi tatkala mendengarnya. Vokal dalam lagu2 Delusi adalah suara hati pendengar sendiri. Fikirkan tentang kekurangan diri, jauhnya kita dari Maha Pencipta, pasti suara hati akan berkata-kata tentang apa jua kekhilafan yang kita ada lalui selama hidup ini. Insya-Allah saudara Dzularsil akan menerima promo-pack dari Delusi, ianya dalam perjalanan. Terima kasih bro.

Wednesday, October 15, 2014

TESTIMONIAL | Pengukir Nada Dari Makam / Fatamorgana / Manifestasi | ACHMAD ZACKEII


Review oleh Achmad Zackeii (9 Oktober 2014)

Split: Pengukir Nada dari Makam
Lara - sound yang best dan pelbagai, durasi panjang, Delusi berjaya mencipta "atmosphere" yang bagus dalam lagu ini.

Single: Fatamorgana
Untuk lagu Gelita, minit ke 2:42, pada pendapat saya, perubahan sound/tone lagu sedikit mencacatkan dan tidak sekata.

Demo: Manifestasi
Secara keseluruhan, saya sangat enjoy dengan demo ini, setiap lagu mmbawa tone dan atsmosphere yang berlainan. 1st track (Manifestasi) pada pendapat saya, lagu ini jika dipelbagaikan sound-nya mungkin lebih menarik. Mendengar lagu ini seolah-olah sedang menonton Movie "Eraserhead" karya David Lynch. 2nd track (Igau) dan 5th track (Fantasmagoria) adalah 2 karya yang saya rasa sangat bagus. Sound yang sangat kemas. Thumbs up!

Pada pendapat saya untuk karya-karya Delusi yang akan datang minta diminimakan ke 6 minit untuk setiap lagu dan pelbagaikan sound-sound setiap lagu. Teruskan berkarya!

Nota: #terimakasih bro Achmad Zackeii diatas pandangan & cadangan. Semua ini akan saya ambilkira untuk penulisan material akan datang. 

Tuesday, September 16, 2014

REVIEW: DELUSI / SIAL / AHMAD RAIMI - Pengukir Nada dari Makam | DISSECTING THE EUPHONY


"Delusi dengan Lara merupakan sebuah instrumental berakarkan music ambience. Tanpa sebarang suara Delusi nyata memperkenalkan music nya melalui permainan synthesizer dan sedikit loop sepanjang track. Terasa cukup atmospheric apa yg dihasilkan Delusi melalui Lara. Mengasyikkan namun ia nya berada diantara dua dimensi.. Tenang dan kerisauan..."

Source: dissectingtheeuphony.blogspot.com (15/09/2014)

Saturday, September 13, 2014

REVIEW | DELUSI / SIAL / AHMAD RAIMI - Pengukir Nada dari Makam | FEAR IN HIDING


"Lara by Delusi are the 1st track entering my ears. A great sound using keyboards, sound effect then plays with software. Thats what i thought. Yeah. Its sound so sad and creepy. Cold to your ears, mind and soul. The ice of music. Its like winter season. That kind of feel. Yep, i love it!"

Source: fearinhiding.blogspot.com (12/09/2014)