Tuesday, October 28, 2014

TESTIMONIAL | DELUSI - Fatamorgana / Manifestasi | MOHAMAD SYABIL SHAMSUDIN


Setelah diamati lagu-lagu Delusi yang berlandaskan Dark Ambient ini, saya bersependapat iramanya yang agak tenang tapi sedikit kerisauan.. saya sedikit gelisah tercari-cari apakah penghujung lagu-lagu sembahan Delusi. Semakin dalam semakin suram.

Sudah menjadi kebiasaan lagu-lagu yang berkumandang akan dimulakan dengan rentak masuk dan keluar.. tetapi lagu Delusi ini, tiada penghujung, seolah-olah sudah tenggelam tapi masih boleh bernafas.

Bila menghidang selera tentang Ambient sebegini, saya terbayangkan Midnight Odyssey, band Ambient Black Metal dari Australia.. yang suka bercerita mengenai alam sekitar dan semesta.. suara biasa yang sedang membaca lirik yang tenggelam dibawa angin dan bunyian kelam sebegini.

Delusi pula tidak menggunakan suara untuk menyakinkan pendengar mengenai lagu-lagu Delusi.. dengan hanya muzik suram, pendengar sudah dapat meneka bahawa Delusi ini memang sudah berbeza daripada band-band bawah tanah sedia ada. Tidak perlu paluan drum dan gitar.. mereka sudah dapat mengenal di mana arah tuju jalan Delusi yang sebenarnya.

Pendengar juga tidak perlu agresif, lebih guna tenaga badan atau 'headbanging' untuk faham Delusi, cari saja tempat-tempat sunyi, tepi sungai, bawah pokok, dalam kamar gelap.. lalu pasang cd Delusi dan dengar.. tidak perlu ubat tidur untuk menenangkan diri.. bantuan terapi yang membolehkan seseorang terjebak di dalam situasi untuk mengenal diri dengan penuh emosi melalui lagu-lagu Delusi.

Sayangnya, buat para pendengar yang kurang biasa dengan corak Delusi ataupun Dark Ambient sebegini, mereka mungkin akan mengeluh tak berpeluh kerana telah mensia-siakan waktu mereka dengan lagu yang tak ada pengembaraan @ adventure.. di mana bunyian gitar? Di mana bunyian drum pula? ah! suara angin saja!

Kesimpulannya, Delusi muncul di waktu yang tepat, berlandaskan keyakinan untuk para pendengar dengan alunan Dark Ambient di saat kita telah dibanjiri dengan rentak yang rancak.. memang seimbang. Delusi hadir dengan penuh keberanian,  jujur, di dalam kehidupan yang tak pernah manusia perasan apa yang ada disekeliling mereka.

Ulasan/Testimonial oleh:
18 Oktober 2014

No comments:

Post a Comment